Terdapat pelbagai jenis bantuan kerajaan yang disalurkan melalui pelbagai agensi kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan para pekerja.
Salah satu bantuan yang disalurkan adalah melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh adalah bantuan tahunan yang diberikan oleh pihak RISDA untuk meringankan beban para pekebun yang ketiadaan sumber pendapatan akibat musim tengkujuh yang melanda.
Pemberian bantuan ini selalunya akan disalurkan melalui 2 Fasa sama juga seperti pembayaran BMT 2021 lepas.
JUMLAH BANTUAN
Jumlah keseluruhan bantuan adalah berjumlah RM 600. Walau bagaimanapun, pembayaran akan melalui 2 Fasa.
Oleh itu, penerima yang layak akan menerima bantuan RM 300 untuk setiap fasa pembayaran.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan bantuan khas sempena musim tengkujuh ini sudah ditutup pada 15 September lepas. Permohonan secara rayuan belum dibuka setakat ini.
CARA PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini boleh dilaksanakan melalui laman web rasmi RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan permohonan seperti
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan asal
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
SYARAT KELAYAKAN
Untuk anda yang masih tertanya-tanya apa syarat kelayakan untuk BMT ini, berikut adalah syarat kelayakannya
1. PEKEBUN KECIL RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
- Mempunyai PAT-G