Untuk pengetahuan anda, sebuah bantuan RM100 bakal dikreditkan dalam MyKad anda pada September ini.
Sebuah bantuan daripada pihak kerajaan berbentuk bantuan asas atau lebih dikenali sebagai SARA Sumbangan Asas Rahmah mula dikreditkan bagi bulan pertama.
Bayaran adalah RM100 setiap bulan sehingga Disember nanti bagi penerima yang layak. Bayaran diberikan kepada rakyat yang berada dalam golongan MyKasih.
BANTUAN TAMBAHAN RM 600
Pada pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lalu, Kerajaan Perpaduan melalui Perdana Menteri, melancarkan sebuah bantuan tambahan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sedia ada.
Bantuan tambahan ini akan bernilai RM 600 bagi setiap isi rumah dan akan dibayar dalam tempoh 6 bulan berturut-turut.
KAEDAH PENEBUSAN
Program ini menawarkan elaun RM 600 dibayar RM 100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
Nama dan nombor MyKad penerima yang layak direkodkan dan boleh menggunakan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima.
BANTUAN STR TAMBAHAN
Jumlah STR Tambahan mengikut jumlah tanggungan/anak bagi setiap isi rumah
- 0 Anak – RM 600
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 600
- 5 Dan Ke Atas – RM 600
JUMLAH & TARIKH BAYARAN
Untuk pengetahuan anda, bantuan tambahan STR ini tidak diberikan secara one-off RM 600 tetapi dibayar setiap bulan dalam tempoh 6 bulan.
Bagi yang layak, ia akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak untuk membuat pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.
Satu lagi perkara penting untuk anda iaitu, STR Tambahan RM 600 ini bukan bantuan kewangan tetapi merupakan bantuan sumbangan bakul makanan & barangan asas.
1. RM 100 – JULAI
2. RM 100 – OGOS
3. RM 100 – SEPTEMBER
4. RM 100 – OKTOBER
5. RM 100 – NOVEMBER
6. RM 100 – DISEMBER
KELAYAKAN STR TAMBAHAN
Untuk pengetahuan anda, bukan semua penerima isi rumah STR 2023 layak untuk terima bantuan tambahan ini. Berikut adalah kategori yang layak terima bantuan berkenaan
- Kategori isi rumah miskin tegar
- Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
- Penerima STR 2023
- Tiada had umur
Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah membuat pendaftaran e-Kasih, anda layak untuk menerima bantuan diatas.