Bantuan Rumah Mesra Rakyat RM300 Sebulan 2024

Bantuan Rumah Mesra Rakyat RM300 Sebulan 2024. Kerajaan bersetuju untuk meneruskan projek bantuan bina rumah yang diberikan khas kepada golongan B40 dan M40 yang layak berdasarkan kriteria yang diperlukan.

Bantuan bina rumah ini lebih dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan menilaikan sebuah rumah bermula RM75,000 hingga RM106,000 (bergantung lokasi) sahaja.

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT

Perbezaan harga rumah adalah mengikut negeri tetapi konsep bagi setiap rumah mesra rakyat adalah sama iaitu rumah 1 tingkat dengan 2 bilik air serta 3 bilik tidur. Bagi keluasan rumah pula, semua adalah sama iaitu 750 kaki persegi (KPS).

RUMAH MESRA RAKYAT – SEMENANJUNG

  • RM 75,000
  • Subsidi pembinaan RM 20,000
  • Jumlah pinjaman RM 55,000
  • Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) – Sebulan RM 300

RUMAH MESRA RAKYAT – PULAU DI SEMENANJUNG

  • RM 85,000
  • Subsidi pembinaan RM 20,000
  • Jumlah pinjaman RM 65,000
  • Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) – Sebulan RM 350

RUMAH MESRA RAKYAT – SABAH / SARAWAK / LABUAN

  • Bermula RM 75,000
  • Subsidi pembinaan RM 20,000
  • Jumlah pinjaman RM 55,000 – RM 86,500
  • Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) – Sebulan RM 300 Hingga RM 470

SYARAT KELAYAKAN

Bukan semua rakyat kategori B40 dan M40 layak menerima bantuan tersebut, berikut adalah butiran penuh kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah tetapi usang/tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, perlu dapat kebenaran dariada pemilik terlebih dahulu
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS

CARA PERMOHONAN BANTUAN BINA RUMAH

SECARA ONLINE

  • Melalui laman web rasmi SPNB

SECARA MANUAL

  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua
  4. Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini – 3 bulan / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
  6. Surat akuan sumpan / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri :

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan

*Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

Leave a Comment