Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dibayar Hari Ini

Berita kepada rakyat Malaysia, penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan mula dibayar hari ini bersamaan 15 Januari 2025 untuk bulan pertama.

Bantuan berbentuk pembayaran bulanan ini akan dibayar sehingga Disember 2025 bagi yang mempunyai eKasih.

BAYARAN DIPERLUASKAN

Jika sebelum ini, SARA bagi negeri Sabah dan Sarawak dibayar secara one-off dalam 2 fasa kini ia akan disalurkan secara bulanan bermula tahun ini melalui MyKad.

Sama seperti kaedah pembayaran di semenanjung. Dijangkakan 700,000 penerima layak dalam kategori miskin dan miskin tegar.

Semak Juga :

BANTUAN DINAIKKAN

Jika pada sebelum ini iaitu tahun 2024, bantuan keseluruhan SARA adalah RM1,200 kini ia dinaikkan kepada RM2,100. Penambahan bantuan hingga RM1,000. Dengan penambahan jumlah ini, diharapkan ia akan lebih membantu rakyat yang berkeperluan.

BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Bayaran SARA kali ini turut mengikut kategori masing-masing :

Isi Rumah (STR & EKASIH)

  • RM2,100
  • Januari – Mac (RM100)
  • April – Disember (RM200)

Warga Emas Tiada Pasangan (STR & EKASIH)

  • RM1,650
  • Januari – Mac (RM100)
  • April – Disember (RM150)

Bujang (STR & EKasih)

  • RM600
  • Januari – Disember (RM50)

Isi Rumah (STR Sahaja)

  • RM900
  • Januari – Mac (Tiada Bayaran)
  • April – Disember (RM100)

Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja)

  • RM450
  • Januari – Mac (Tiada Bayaran)
  • April – Disember (RM50)

Bujang (STR Sahaja)

  • Tidak Layak

JUMLAH BAYARAN SARA JANUARI

Jumlah bayaran yang akan dikreditkan ke MyKad adalah seperti yang tertera di atas. Untuk penerima STR tetapi bukan e-Kasih bayaran akan bermula pada April depan.

CARA SEMAK KELAYAKAN

Semakan kelayakan boleh terus masuk ke

CARA SEMAK KEDAI UNTUK DIBELANJAKAN

Bantuan SARA yang dikreditkan melalui MyKad ini hanya boleh dibelanjakan di kedai/pasar raya yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Anda boleh menyemak lokasi pasar raya yang berdekatan dengan tempat tinggal anda