Pembentangan Belanjawan 2023 dilaksanakan pada penghujung Februari lepas kerana pembentukan kerajaan baharu di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri dimana beliau mengumumkan bahawa bantuan tunai elektronik (e-dompet) akan diperluaskan kepada semua mahasiswa berbanding had umur ditetapkan sebelum ini.
Berikut dikongsikan mengenai syarat kelayakan yang ditetapkan.
E-DOMPET 2023
Program ini merupakan salah satu inisiatif dimana kerajaan Malaysia membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.
Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.
JUMLAH BAYARAN
Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah
- RM 200
Manakala bayaran RM 100 untuk golongan bujang yang dalam kategori M40.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 21 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
TARIKH PERMOHONAN
Tiada makluman rasmi mengenainya. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat makluman rasmi dari semasa ke semasa.