Pelbagai jenis bantuan kewangan yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang layak.
Salah satunya adalah pelaksanaan sebuah bantuan tambahan di bawah Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Pengumuman bantuan tambahan ini telah diumumkan oleh Kerajaan Madani pada pembentangan Bajet 2023 melalui Perdana Menteri.
BANTUAN TAMBAHAN STR
Pembayaran STR Fasa 1 telah dikreditkan pada bulan Januari manakala Fasa 2 baru sahaja dibayar pada 5 April lepas.
Selain daripada bantuan kewangan maksimum RM 2,500 demikian, kerajaan turut menambah pakej bantuan yang dikenali sebagai STR Tambahan dan hanya penerima STR berkelayakan sahaja boleh menerima bantuan terbabit.
STR Tambahan ini adalah berjumlah RM 600 secara keseluruhan dan akan diberikan kepada setiap penerima Isi Rumah Miskin Tegar iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM 1,169 sebulan dan ke bawah.
Bantuan tambahan demikian adalah berbentuk bantuan bakul makanan atau baucar.
TARIKH BAYARAN
Bayaran bantuan dilakukan sebanyak 6 fasa bayaran di mana bagi setiap fasa akan dibayar dengan nilai RM 100 dan keseluruhannya adalah RM 600.
Pembayaran akan bermula pada bulan Julai, Ogos, September, Oktober, November dan akhir sekali Disember 2023 ini.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk pengetahuan anda, bukan semua penerima STR 2023 layak untuk terima bantuan tambahan ini.
Ia hanya layan untuk setiap isi rumah yang dalam kategori
- Miskin Tegar
- Iaitu pendapatan bulanan mereka adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
- Dan didaftarkan di bawah e-kasih
CARA PERMOHONAN
Tiada permohonan dibuka bagi bantuan ini. Pembayaran akan terus dikreditkan secara automatik kepada setiap isi rumah yang layak.
Semakan silang akan dibuat untuk membuktikan anda layak terima STR Tambahan ini.