BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Mungkin hanya dengan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tidak mengcukupi untuk menampung kos sara hidup rakyat. Oleh itu, Kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan tambahan yang dibayar setiap bulan dengan harapan dapat membantu meringankan bebanan sara hidup rakyat.

Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan tambahan str? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH RASMI STR FASA 1

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN STR

Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) rasminya adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan untuk tambahan bagi membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Pihak Kerajaan MADANI telah menyelaraskan kaedah pembayaran Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, iaitu Bantuan akan dibayar secara tanpa tunai menerusi MyKad penerima.

Dengan menggunakan MyKad, penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, kelengkapan kebersihan, peralatan persekolahan, ubat-ubatan dan sebagainya di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 1 2025

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan Tambahan STR bagi fasa pertama (1) :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
BANTUAN TAMBAHAN STR
FASA 1 2025
Penerima STR Berstatus
Miskin dan Miskin Tegar
15 Januari 2025
Penerima STR Berstatus
Asas Bukan Miskin
** April 2025

KADAR BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2025

Pembayaran Bantuan Tambahan STR adalah mengikut kadar seperti berikut :

  • Penerima STR Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN TAMBAHAN STR
FASA 1 2025
ISI RUMAHRM100 (3 bulan)
RM200 (9 bulan)
WARGA EMASRM100 (3 bulan)
RM150 (9 bulan)
BUJANGRM50 (12 bulan)
  • Penerima STR Berstatus Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN TAMBAHAN STR
FASA 1 2025
ISI RUMAHRM100 (9 bulan)
WARGA EMASRM50 (9 bulan)

SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 1 2025

Ikuti panduan semakan status Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.