Bantuan Tunai Hasil (STR) Fasa 1: Cek Status Kelayakan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan memulakan pembayaran dalam empat fasa bermula suku pertama tahun 2025 nanti.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Bantuan rakyat yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun ketiga iaitu pada 2025 dengan beberapa penambahan amaun bantuan.
STR merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah inisiatif bantuan rahmah uang membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
KEMASKINI SEBELUM 30 NOVEMBER
Permohonan baharu dan kemas kini bagi penerima sedia ada telah dibuka bermula pertengahan Oktober sehingga 30 November ini.
Bagi rakyat yang belum menerima bantuan STR sebelum ini dan berkehendak untuk membuat permohonan, anda boleh terus membuat permohonan secara rasmi melalui portal STR atau ke pejabat HASiL berdekatan anda.
Manakala untuk penerima sedia ada, sekiranya anda belum kemas kini maklumat dalam tempoh 3 tahun, penerima disarankan untuk membuat kemas kini terbaru.
BANTUAN ISI RUMAH TIADA ANAK
Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat peningkatan jumlah bayaran bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah yang boleh mencecah RM1,200 bagi penerima yang layak.
Penambahan peruntukan ini membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
ISI RUMAH B40 (RM0 – RM2,500)
- Tiada anak – RM1,000
- 1-2 anak – RM1,500
- 3-4 anak – RM2,000
- 5 dan lebih – RM2,500
ISI RUMAH M40 (RM2,501 – RM5,000)
- Tiada anak – RM500
- 1-2 anak – RM750
- 3-4 anak – RM1,000
- 5 dan lebih – RM1,250
Selain itu, berita baik kepada golongan bujang. Peningkatan ketara adalah golongan bujang bakal menikmati bayaran bantuan berjumlah RM600 berbanding sebelum ini RM300-RM350 sahaja.
BUJANG (0-RM2,500) & WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM600
BAYARAN FASA 1 STR 2025
Dijangkakan bayaran STR Fasa 1 tahun 2025 lebih awal berbanding tahun ini kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin dekat.
Bayaran akan dikreditkan sudah tentu sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025 ini. Kemudian akan disusuli bayaran fasa 2 beberapa bulan seterusnya, fasa 3 dan fasa 4 antara November dan Disember 2024.
CHECK STATUS LAYAK STR 2025
Layari laman web rasmi STR untuk pengemaskinian terkini :
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang pada ruangan yang disediakan
- Klik butang Log Masuk
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan anda
- Masukkan Kata Laluan
- Pergi ke bahagian profil – Semakan Permohonan
- Klik butang Semakan 2025
- Klik Maklumat Bayaran
- Status Bayaran Bantuan Tunai dipaparkan