Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM 700 Diawalkan Kepada 14 April Ini

Putrajaya: Kerajaan bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan dari 17 April kepada 14 April.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Sebuah program bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan dan bakal disalurkan kepada rakyat sebagai persediaan Hari Raya Aidilfitri pada bulan ini.

Bantuan kewangan ini diberikan kepada penjawat awam yang masih bekerja serta pesara atau veteran kerajaan.

Bantuan ini telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023 untuk menghargai Bajet 2023 untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran bantuan khas ini telah diawalkan dan akan dibayar pada 14 April. Tarikh sebelum ini adalah pada 17 April.

SYARAT KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN

Pegawai Perkhidmatan Awam

  • Semua penjawat awam Kumpulan pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 ke bawah termasuk lantikan
  • Kategori ini akan terima bayaran RM 700

Pesara Kerajaan

  • Semua pesara kerajaan atau veteran kerajaan awam
  • Golongan ini akan terima bantuan RM 350

CARA BAYARAN

Bayaran bantuan akan terus dikreditkan kepada individu yang secara automatik ke akaun bank masing-masing.

Tiada permohonan diperlukan untuk penerimaan bantuan.

Leave a Comment