Bayaran Bantuan RM 750 Kepada Rakyat Malaysia : Semak Sekarang

Sebuah bantuan kewangan berjumlah RM 750 akan diberikan kepada rakyat Malaysia.

Pembayaran ini adalah dibawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

STR 2023 kembali diteruskan pembayarannya setelah bayaran fasa 1 dan 2 pada Januari dan April lalu.

Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu golongan sasar seperti B40, M40, warga emas, ibu dan bapa tunggal dan bujang.

Bayaran STR ini akan dilaksanakan dalam empat fasa di mana pembayaran pada bulan ini adalah fasa ketiga.

JUMLAH STR FASA 3 – PERMOHONAN BAHARU

Kita asyik membaca tentang jumlah STR Fasa 3 untuk penerima sedia ada. Tahukah anda bahawa bagi penerima baharu, isi rumah yang layak berpeluang menerima sehingga RM 1,300 bagi fasa 3 ini.

Sila semak jumlah bantuan STR Fasa 3 bagi PERMOHONAN BAHARU

Kategori Isi Rumah B40 RM 0 – RM 2,500

  • Tiada anak – RM 600
  • 1 Hingga 2 – RM 900
  • 3 hingga 4 – RM 1,100
  • 5 dan ke atas – RM 1,300

Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000

  • Tiada anak – RM 350
  • 1 hingga 2 – RM 450
  • 3 hingga 4 – RM 600
  • 5 dan ke atas – RM 750

Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas

  • RM 150 seorang – Bujang
  • RM 300 seorang – Warga Emas

JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK

Pembayaran STR Fasa 3 ini turut dibayar secara berperingkat mengikut jenis bank penerima.

Mengikut kebiasaan, bayaran kepada pemegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN) antara yang terawal kemudian diikuti dengan bank-bank lainnya.

TERKINI ; Pembayaran secara tidak rasmi sudah bermula pada 23 Mac 2023 (Jumaat). Bayaran ini adalah kepada setiap penerima mana-mana akaun bank.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda belum menerima bayaran, jangan risau kerana pembayaran adalah secara berperingkat.

PENERIMA BAHARU STR 2023

Buat pemohon yang sudah membuat permohonan baharu STR pada bulan Mac lepas, anda turut menerima bayaran pada bulan ini sekiranya anda lulus.

Jumlah bayaran adalah berbeza berbanding penerima sedia ada kerana amaun bantuan anda akan dikumpulan daripada STR Fasa 1 dan 2 kemudian akan dibayar pada Fasa 3 dan 4.

TARIKH BAYARAN

Bayaran rasmi adalah pada 26 Jun 2023. Semakan kelayakan sudah dibuka pada tarikh yang sama.

Penebusan tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) turut bermula 26 Jun.

Leave a Comment