Bayaran Fasa Kedua Sebanyak RM 300 Akan Dikreditkan Pada Bulan Februari Ini

Tahukah anda selain pelaksanaan STR yang telah diberikan Januari lalu, kerajaan juga telah mengumumkan Bantuan Musim Tengkujuh yang turut akan dilaksanakan pada bulan Februari.

Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran RM 300 pada bulan ini. Untuk makluman, pembayaran BMT ini akan melalui 3 fasa pembayaran.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) membabitkan peruntukan RM 9.7 juta untuk manfaat seramai 12,138 peneroka ladang getah di seluruh negara yang akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan Januari hingga Mac 2023.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bayaran RM800 akan dibuat terus ke dalam akaun bank penerima membabitkan RM 300 setiap satu pada Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) dan baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).

JUMLAH PEMBAYARAN BMT FASA 2

Terdahulu, bayaran untuk Bantuan Musim Tengkujuh hanya RM600. Bagaimanapun, berdasarkan kembimbangan kerajaan, bantuan ini telah dinaik taraf dan individu yang layak akan menerima RM800.

Bulan ini, bayaran untuk fasa kedua akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak dalam jumlah :

  • RM300

TARIKH PEMBAYARAN

Mengenai tarikh pembayaran, pembayaran BMT fasa 2 akan dilaksanakan :

  • Fasa 2 : RM 300 (Februari)

SENARAI PENERIMA BANTUAN

Berikut adalah senarai penerima bantuan RM800 BMT ini :

  • Peneroka ladang getah yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah FELDA
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah
  • Mereka yang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara untuk membuat semakan iaitu

  1. Melalui laman web rasmi BMT RISDA https://bmt.risda.gov.my/BMTSEMAKANSTATUS/
  2. Hubungi Pejabat RISDA tempat permohonan dibuat

BAGAIMANA MEMOHON BANTUAN

Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula 5 Mei 2022 hingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober lalu.

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan:

1- Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau tidak berada di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon asal dan salinan
  • Pemberian tanah asal dan salinan
  • Salinan buka akaun bank yang aktif

2- Pemohon menoreh bukan pemilik mesti menyertakan dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan Pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tanah
  • Salinan geran lot bernotari
  • Salinan slip pengaktifan Kad PAT-G atau Kad PAT-G yang sah
  • Surat pengesahan pemilik tanah/wakil yang diberi kuasa

Permohonan telah ditutup buat masa ini, sebarang perubahan akan kami kemas kini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Talian BMT 2022 di talian 03-4256 4022

Leave a Comment