Bayaran Khas KWSP Berjumlah RM500 Untuk Seorang

Bayaran Khas KWSP Berjumlah RM500 Untuk Seorang. Selain daripada Pengeluaran KWSP Akaun 1, 2 dan 3 yang baru sahaja diperkenalkan. Terdapat sebuah simpanan akaun yang turut dibuka bagi individu yang berminat.

Untuk pengetahuan anda, insentif i-Saraan KWSP ini adalah sehingga maksimum RM500 setahun.

I-SARAAN KWSP

i-Saraan adalah satu inisiatif mencarum di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP. Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig menerima insentif khas.

KELAYAKAN PEMOHON

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi yang berminat :

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja senidri
  • Ahli KWSP
  • Berumur 60 tahun ke bawah

FAEDAH I-SARAAN

Pencarum akan menerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasa. Selain itu, ahli turut akan menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan.

Bantuan kematian yang tertakluk kepada terma dan syarat serta pelepasan cukai berdasarkan syarat.

CARA PENDAFTARAN

Pendaftaran i-Saraan boleh dibuat dimana-mana sahaja iaitu

  1. Melalui i-Akaun KWSP
  2. Laman web KWSP
  3. Self Service Terminal (SST)
  4. Pejabat KWSP berdekatan anda

HAD CARUMAN

Tiada had minimum tetapi maksimum RM100,000 setahun bagi Caruman Sukarela termasuklah i-saraan, i-suri dan lain-lain.

Leave a Comment