Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM150 hingga RM300 bermula 9 Disember ini kepada penerima STR yang layak.
SARA 2025
Sumbangan Asas pula merupakan BANTUAN TAMBAHAN yang berbentuk kredit maksimum RM100 – RM300 (one off)untuk pembelian barang keperluan asas.
SYARAT KELAYAKAN SARA
Sumbangan Asas Rahmah 2025 kini terbahagi kepada DUA KATEGORI
- Kategori 1 untuk penerima STR 2025 berkategori MISKIN TEGAR DAN MISKIN melalui data eKasih (sama seperti SARA 2024)
- Kategori 2 pula untuk SEMUA PENERIMA STR 2025 kecuali bujang
JUMLAH BAYARAN SARA
Jumlah bayaran yang dikreditkan bermula 9 Disember ini adalah seperti berikut
- RM 300 untuk isi rumah
- RM 150 untuk bujang
TARIKH BAYARAN
Bayaran secara rasmi bermula 9 Disember 2024. Pembayaran adalah secara berperingkat kepada setiap penerima yang layak.
KAEDAH BAYARAN
Untuk penerima SARA BUKAN EKASIH bayaran adalah berbentuk secara tunai seperti STR dan bukannya secara kredit ke MyKad.
Bayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan.
MAKLUMAT LANJUT SARA
Maklumat lanjut mengenai SARA adalah melalui portal rasmi STR. Anda perlu log masuk dan semak di bahagian maklumat pembayaran.