Bayaran STR RM500 Mula Dibayar Isnin Depan : Semak Sekarang. Berita baik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pembayaran fasa pertama akan mula dilaksanakan Januari ini.
Kerajaan telah menaikkan bayaran STR Fasa 1 (2024) sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding RM300 pada Fasa 1 tahun lalu.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600.
Bantuan STR ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang layak akan mula dibayar bermula
- Isnin 29 Januari 2024
Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Jumlah ini dijangkakan akan bertambah sehingga 9 juta penerima.
JUMLAH BAYARAN
Buat masa ini hanya jumlah bayaran maksimum sahaja yang diumumkan iaitu RM500 bagi STR Fasa 1 2024 ini.
Manakala, pecahan jumlah bayaran bagi setiap kategori dan jumlah tanggungan belum dikeluarkan.
CARA BAYARAN
Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayara iaitu
- Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
- Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).