Bayaran STR Fasa 3 Hingga RM 800 Sebelum Hari Raya Aidiladha : Semak Sekarang

Berita baik kepada setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023), pembayaran bantuan ini telah diawalkan sebulan.

Oleh hal demikian, bayaran bantuan ini bakal dibayar pada Jun ini bukannya pada Julai depan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Pembayaran STR 2023 akan kembali diteruskan pada bayaran Fasa 3.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.

STR 2023 dibayar melalui 4 fasa dan kini hanya berbaki 2 fasa bayaran sahaja lagi.

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.

Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500

  • Tiada anak – RM 300
  • 1 Hingga 2 – RM 400
  • 3 hingga 4 – RM 600
  • 5 dan ke atas – RM 800

Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000

  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • 1 hingga 2 – RM 150
  • 3 hingga 4 – RM 200
  • 5 dan ke atas – RM 250

Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas

  • RM 100 seorang

KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN

Semua penerima STR 2023 layak terima STR Fasa 3 kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa 3.

Selain itu, bayaran turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang lulus membuat permohonan pada Mac lalu.

Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).

TARIKH BAYARAN

Perdana Menteri umumkan bahawa STR Fasa 3 dijangkakan bakal disalurkan kepada penerima yang layak sebelum Aidiladha ini.

Peruntukan melebihi RM 2 bilion itu akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima.

Leave a Comment