Bayaran STR Fasa 3 Sehingga RM600 Tahun Ini

Tarikh Dan Jumlah Bayaran Semakan Status STR Fasa 3. Pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada Januari dan Mac lalu.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600 yang dikenali sebagai SARA.

Bantuan STR yang bermula pada fasa 1 hingga 4 ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Setelah pembayaran STR Fasa 2 bermula 3 April lepas. Sebahagian wang bantuan tersebut sudah tentu digunakan sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang dijangkakan dikreditkan dalam 2-4 bulan ke depan.

JANGKAAN BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori

Jumlah bantuan STR Fasa 3 bergantung kepada kategori penerima dan pendapatan isi rumah:


Kategori Penerima
Jumlah Bantuan
Isi Rumah / BerkahwinRM150 – RM650 (Pendapatan ≤ RM2,500)
RM150 – RM300 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM150
BujangRM50

Bayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini adalah sama atau tidak jauh berbeza dengan tahun 2024 dan 2023.

Cara Semakan Status Kelayakan STR Fasa 3

Untuk menyemak status kelayakan STR Fasa 3, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor MyKad pemohon.
  3. Isi kata kunci keselamatan yang dipaparkan.
  4. Lihat paparan maklumat status kelayakan dan jumlah bayaran.

Status semakan boleh merangkumi “Lulus”, “Dalam Proses”, atau “Tidak Layak”, termasuk kelayakan untuk bantuan tambahan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

JADUAL BAYARAN SEHINGGA FASA 4

Hanya berbaki bayaran STR Fasa 3 dan 4 sahaja lagi. STR Fasa 1 dan 2 masing-masing telah dibayar pada Januari dan Mac lalu.

Dijangkakan bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan antara bulan Jun dan Ogos sementara itu fasa akhir iaitu fasa 4 pada bulan Oktober.

CARA BAYARAN

Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu

  • Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
  • Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan baharu bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuklah untuk Fasa 3 belum dibuka setakat ini.

SEMAKAN STATUS

Semakan status boleh terus dibuat melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah yang disertakan di bawah