Belanjawan 2021: Penjaja dan Peniaga Sabah boleh tuntut RM1,000 Geran Khas Prihatin (GKP)

 

GKP UNTUK PENJAJA & PENIAGA DI NEGERI SABAH 

Kerajaan mengumumkan Geran Khas Prihatin tambahan RM1,000 kepada penjaja dan peniaga di sabah yang terjejas teruk ekoran kemerosotan jumlah kunjungan pelancong ke Negeri Sabah akibat COVID-19.


PEMANDU TEKSI, E-HAILING, KERETA SEWA & PEMANDU PELANCONG DI SABAH

Melalui belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari juga, Menteri Kewangan berkata, geran ini juga akan turut diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.

Pada pembentangan belanjawan juga, beliau turut mengumumkan pengecualian levi tabung HRDF akan diberikan pada 1 Januari tahun depan selama enam bulan.

Menurut beliau, pengecualian ini meliputi sektor pelancongan dan syarikat bagi membantu mengurangkan beban aliran tunai syarikat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Leave a Comment