Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang bersasarkan kepada golongan yang berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah dan layak syarat kelayakan yang lain. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringakan kos sara hidup dan beban rakyat yang layak.
Berikut dikongsikan maklumat terkini mengenai bayaran akhir BKM iaitu BKM Fasa 4 yang dijangkakan dikreditkan pada penghujung tahun ini.
TENTANG JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4
Mesti anda tertanya-tanya berapakah bayaran BKM Fasa 4 bagi setiap kategori, ini adalah penjelasannya
1) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A- Pendapatan isi rumah RM 2500 dan ke bawah
- 0 anak – RM 300
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan lebih anak RM 900
B- Pendapatan isi rumah RM 2501 hingga RM 5000
- 0 anak – RM 100
- 1-2 anak – RM 200
- 3 dan kebih anak – RM 300
2) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas, tidak termasuk bantuan tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM 300) sekiranya layak
A- Pendapatan RM 2500 dan ke bawah
- 0 anak – RM 300
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan lebih anak RM 900
B- Pendapatan isi rumah RM 2501 hingga RM 5000
- 0 anak – RM 100
- 1-2 anak – RM 200
- 3 dan kebih anak – RM 300
3) Kategori Isi Rumah – IBT tiada had umur yang mempunyai tanggungan, tidak termasuk amaun tambahan RM 500 sekiranya layak
A- Pendapatan RM 2500 dan ke bawah
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan lebih anak RM 900
B- Pendapatan isi rumah RM 2501 hingga RM 5000
- 1-2 anak – RM 200
- 3 dan kebih anak – RM 300
4) Bujang dan IBT tiada tanggungan berpendapatan RM 2500 dan ke bawah – Berumur 59 tahun dan ke bawah
- Tiada pembayaran bagi BKM Fasa 4
5) Bujang dan IBT tiada tanggungan – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- RM 150
PENEBUSAN TUNAI DI KAUNTER BSN
Penerima tunai adalah layak sekiranya
- tiada akaun bank
- gagal kredit
Pembayaran tunai dapat ditebus dengan hanya membawa kad pengenalan dan hadir ke mana-mana cawangan BSN.
SEMAKAN STATUS
Bagi pemohon yang lulus dan yang telah membuat permohonan rayuan atau kemaskini maklumat, SEMAKAN STATUS boleh dibuat menerusi portal rasmi BKM
TARIKH BAYARAN BKM FASA 4
Tarikh pembayaran BKM Fasa 4 belum diumumkan setakat ini tetapi bakal dikreditkan pada Disember 2022 ini.
MAKLUMAT LANJUT
- HOTLINE BKK LHDNM : 1800 88 2747
- HOTLINE BKK MOF : 03 8882 4565