Buat anda yang telah menerima status TIDAK LULUS / GAGAL selepas membuat semakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sila rujuk panduan untuk membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di portal https://bpr.hasil.gov.my/ secepat mungkin mulai 15 Jun 2021.
Untuk makluman semua, permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya akan dibuka bermula 15 – 30 Jun 2021.
Join Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Baca Juga: Moratorium Automatik Selama 3 Bulan
Waktu Operasi Kaunter BPR
Waktu operasi kaunter LHDNM untuk permohonan rayuan BPR adalah seperti berikut:
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Berikut kami kongsikan perkhidmatan rayuan BPR yang disediakan secara janji temu:
- Semakan Status / Bayaran
- Permohonan
- Rayuan
- Lain-lain
Walau bagaimanapun, pemohon disarankan untuk semak secara dalam talian kerana janji temu hanya diberi keutamaan kepada permohonan rayuan BPR 2021 yang tidak boleh dibuat secara dalam talian atau situasi yang memerlukan semakan lanjut oleh pegawai LHDNM.
Tatacara Permohonan e-Janji Temu
Berikut Utusan Kerjaya kongsikan kepada anda langkah untuk membuat e-Janji Temu:
1. Buka laman web rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/
2. Klik pada e-Janji Temu.
3. Isikan maklumat janji temu seperti:
- Nama
- No Kad Pengenalan
- Negeri
- Cawangan
- Pengesahan Captcha
- Tujuan Janji Temu
- Tarikh
- E-mel
- Nombor Telefon
4. Setelah selesai isi segala maklumat, tekan butang HANTAR.
Nota: Pastikan anda mencetak surat pengesahan tempahan janji temu pada Portal BPR atau e-mel yang telah didaftarkan untuk dikemukakan semasa hadir cawangan LHDNM sebagai bukti janji temu.
Syarat Permohonan Janji Temu
Berikut dikongsikan syarat-syarat untuk membuat permohonan janji temu:
- Hanya satu tarikh sahaja yang dibenarkan bagi setiap No Kad Pengenalan pemohon.
- Kemaskini hanya dibenarkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh janji temu.
- Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan untuk tiga orang pemohon.
- Permohonan janji temu adalah tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
- Captcha mestilah diisi sebelum menghantar permohonan.
Cara Pembatalan & Penukaran Tarikh Janji Temu
Pembatalan dan penukaran tarikh janji temu hanya boleh dibuat selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh yang telah dipilih.
Permohonan penukaran tarikh janji temu boleh dibuat seperti berikut:
Pemohon BPR
- Log masuk di portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
- Lihat pada menu dan klik pada e-Janji Temu.
- Klik senarai e-Janji Temu.
- Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan.
Selain Pemohon BPR
- Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan.
Info Lanjut
Untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila hubungi saluran tertera.
- Portal Rasmi BPR LHDNM: https://bpr.hasil.gov.my/
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau
- Hadir sendiri ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.