Untuk makluman, i-Akaun dapat membantu memudahkan ahli KWSP untuk menyertai sebarang tinjauan maklum balas dan kaji selidik mengenai setiap inisiatif penambahbaikan skim yang diperkenalkan oleh KWSP termasuklah cara daftar i-Akaun melalui Kiosk KWSP berdekatan.
i-AKAUN KWSP
Manakala i-Akaun adalah untuk memudahkan urusan pengurusan wang EPF KWSP, ahli digalakkan untuk register i-Akaun.
Kemudahan yang ditawarkan oleh i-Akaun KWSP
- Kemaskini maklumat peribadi
- Semakan kelayakan pengeluaran
- Semakan baki simpanan
- Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
- Semakan rekod caruman
- Transaksi caruman KWSP terkini
SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR I-AKAUN
>
Anda haruslah memenuhi syarat kelayakan di bawah untuk dibenarkan membuat i-Akaun KWSP
- Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah
- Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah
CARA DAFTAR I-AKAUN MELALUI KIOSK
Berikut adalah cara daftar :
- Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, imbas cap jari.
- Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefon pendaftar oleh pihak KWSP.
- Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan imbas cap jari sekali lagi.
- Pilih “Semak Penyata” dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2 dan baki keseluruhan.
- Sila muat turun aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda melalui Play Store bagi Android atau App Store bagi pengguna Ios.
- Masukkan nombor ID dan kata laluan yang diperolehi daripada kiosk.
- Sila masukkan nombor ID dan kata laluan baru untuk memudahkan anda.
- Pendaftar i-Akaun berjaya.
SEMAKAN LOKASI KIOSK BERDEKATAN
- Layari laman web rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/
- Tekan bahagian “Hubungi Kami / Reach Us” dan klik di paparan “Pejabat dan Kios / Offices and Kiosks”
- Pilih negeri mana yang anda sedang duduki, pilih “Pihak Ketiga Kios” di bahagian Jenis dan Klik Carian.
- Senarai kiosk yang anda cari terpapar.
SUMBER : KERJASEMASA.COM