Cara Mohon Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Pembayaran STR Fasa 1 kini telah dipenghujung. Hampir seluruh penerima telah terima bantuan mereka. Ini adalah cara mohon dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

SUMBANGAN TUNAI RAKYAT STR

Sumbangan Tunai Rakyat STR atau sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat yang layak dari segi pendapatan bulanan.

Ia adalah bantuan yang mirip dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Tujuan utama pelaksanaan program bantuan ini adalah untuk membantu serta menjaga kebajikan rakyat.

PEMBAYARAN STR FASA 1

Pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) Fasa 1 sudah dimulakan pada 17 Januari lalu. Sekarang, pembayaran masih dilakukan secara berperingkat.

Sekiranya anda layak tetapi belum terima bantuan, jangan risau mungkin dalam beberapa hari anda akan terima bayaran.

PERMOHONAN & KEMAS KINI STR

Sedia maklum, penerima yang layak STR Fasa 1 ini adalah menggunakan data BKM 2022. Ini kerana pihak kerajaan belum membuka apa-apa permohonan dan pengemaskinian bagi STR 2023 ini.

Kesannya, terdapat rakyat yang berasa dirinya layak tetapi tidak terima bantuan kerana permohonan baharu belum dibuka.

Jika kita mengikut data BKM 2022, sekiranya anda tidak menerima BKM Fasa 1 dan permohonan baharu dibuka. Jumlah bantuan akan terkumpul dan akan dibayar pada fasa seterusnya.

Dijangkakan kaedah sedemikian bakal digunapakai, sekiranya permohonan baharu dibuka pada masa akan datang dan anda layak,

  • jumlah bantuan STR Fasa 1 akan dikumpulkan dan dibayar sekaligus pada fasa akan datang.

Buat masa kini, permohonan baharu dan kemas kini maklumat belum dibuka oleh pihak kerajaan.

SEMAKAN STATUS STR

Mulai 17 Januari 2023, anda sudah boleh membuat semakan status bagi STR Fasa 1 dan fasa seterusnya

  1. Layari portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan No MyKad
  3. Masukkan setiap langkah keselamatan dan kata laluan anda
  4. Semakan Sumbangan Tunai Rakyat boleh dibuat

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi STR yang tertera di atas. Untuk mengetahui informasi terkini mengenai pembayaran STR pula, anda perlu rajinkan diri semak di Facebook rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri.

Leave a Comment