Cara Permohonan Baharu Bantuan STR 2024 Hingga RM2500. Pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada Januari dan April lalu.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600 yang dikenali sebagai SARA.
Bantuan STR yang bermula pada fasa 1 hingga 4 ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.
BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Jumlah keseluruhan bantuan tunai adalah RM2,500 secara maksimum. Tetapi syarat kelayakan adalah berdasarkan jumlah tanggungan dan gaji.
Tidak semua penerima dapat RM2,500 termasuklah golongan bujang. Walaubagaimanapun, bantuan ini mampu meringankan beban rakyat.
TARIKH BAYARAN
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sudah dibayar untuk 2 fasa.
Fasa 1 – Januari
Fasa 2 – April
Fasa 3 – Belum diketahui
Fasa 4 – Belum diketahui
CARA BAYARAN
Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu
- Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
- Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan baharu bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuklah untuk Fasa 3 belum dibuka setakat ini. Permohonan baharu hanya dibuka pada awal tahun semasa STR Fasa 1 mula dikreditkan.
SEMAKAN STATUS
Semakan status boleh terus dibuat melalui portal rasmi. Selain itu, anda turut boleh hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN jika terdapat perubahan maklumat.