Cara Permohonan & Syarat Skim MyDeposit

Mesti ramai di kalangan anda semua ingin memiliki rumah sendiri bukan? Mana tidaknya, untuk membeli rumah ia memerlukan deposit yang agak besar serta tinggi. Sudah pasti ia memberikan bebanan buat kita untuk membeli rumah lagi-lagi untuk orag yang memasang impian untuk membeli rumah pertama. Sudah tentu impian untuk membeli rumah akan terkubur begitu sahaja.

Namun begitu, terdapat satu skim pada masa sekarang ini yang dapata membantu anda dalam membayar deposit rumah anda. Apakah dia? 

Kami dari utusankerjaya.my akan kongsikan kepada anda. Sila baca perkongsian ini.

Penerangan MyDeposit

Apakah yang dimaksudkan dengan MyDeposit? MyDeposit adalah satu inisiatif oleh kerajaan yang telah diwujudkan sejak 2017 lagi. Untuk pengetahuan anda, inisiatif ini diwujudkan adalah untuk memberi bantuan deposit sebanyak 10% daripada harga hartanah RM500,000

Bukan itu sahaja, dengan adanya inisiatif sebegini ia secara tidak langsung dapat meringankan beban rakyat Malaysia dalam membeli rumah terutama sekali membeli rumah pertama yang di bawah harga RM500,000.

Terdapat syarat yang perlu ditepati untuk memohon skim MyDeposit. Apakah syaratnya?

Syarat Permohonan

Walaupun inisiatif ini disediakan khusus untuk rakyat Malaysia, namun ia tetap ada syarat. Hanya mereka yang menepati kriteria sahaja yang permohonannya akan diluluskan. Selain itu, untuk membuat permohonan MyDeposit ini perlu mempunyai gaji yang kukuh. 

Antara syaratnya ialah
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas
  • Permohonan ini hanya layak untuk pembelian rumah pertama sahaja
  • Pendapatan isi rumah pemohon adalah di antara RM3,000 sehingga RM10,000 sebulan
  • Nilai rumah adalah di bawah RM500,000
Projek Perumahan Yang Dibenarkan

Ya, memang benar skim MyDeposit ini adalah untuk membantu menyediakan deposit rumah, namun tidak semua jenis projek perumahan yang dibenarkan untuk skim MyDeposit ini. Ada beberapa projek perumahan yang dibenarkan untuk skim ini. Antaranya ialah:
  • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja.
  • Harga pembelian rumah RM500,000 ke bawah.
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana kerajaan.
  • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK.
Dokumen Yang Diperlukan

Berikut dokumen yang perlu disertakan untuk permohonan skim MyDeposit
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan 
  3. Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran anak-anak & tanggungan
  4. Salinan Surat Nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian
  5. Penyata gaji terbaru pemohon
  6. Penyata gaji terbaru pasangan
  7. Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon
  8. Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan
  9. Salinan CCRIS pemohon (semak CCRIS online di eCCRIS)
  10. Akuan bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan pemohon dan pasangan yang bekerja sendiri dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah
  11. Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/ pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan
  12. Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau tanggungan (jika berkaitan)
Panduan Untuk Memohon

utusankerjaya.my akan kongsikan kepada anda semua cara memohon skim MyDeposit. Cara permohonan adalah seperti berikut

1. Pertama sekali, anda perlu melayari portal rasmi KPKT iaitu https://sprn.kpkt.gov.my
2. Jika anda masih belum mempunyai akaun, anda perlu klik pada pautan Daftar Akaun terlebih dahulu.

3. Selepas itu, sila isikan Nama, No Kad Pengenalan serta Emel penuh anda seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Setelah selesai, klik pada butang Daftar.

4. Semak emel yang telah didaftarkan dan klik pautan yang diberikan untuk aktifkan akaun pengguna.

5. Cipta kata laluan baru dan klik Simpan. Pastikan kata laluan yang ditetapkan mudah untuk diingati.

6. Log Masuk Pemohon dengan isikan No Kad Pengenalan dan klik butang Log Masuk.

Lengkapkan Borang Permohonan
  1. Anda perlu lengkapkan borang permohonan secara online.
  2. Perakuan dan kelulusan permohonan akan dilakukan oleh jawatankuasa pemilihan penerima insentif Skim MyDeposit.
  3. Sekiranya diperakui dan diluluskan, pemohon perlu muat turun surat tawaran bersyarat bagi Skim Mydeposit secara online.
  4. Pemohon akan diberikan tempoh 30 hari untuk lengkapkan dokumen.
  5. Pemohon akan diminta tandatangan perjanjian jual beli rumah dengan pemaju perumahan.
  6. Pemohon juga akan menandatangani surat tawaran kelulusan pinjaman perumahan.
  7. Lengkapkan borang akuan bersumpah/ berkanun.
  8. Seterusnya, pemohon perlu mengemukakan dokumen yang telah lengkap bagi tuntutan insentif Skim MyDpeosit kepada KPKT.
  9. Insentif Skim MyDeposit akan dibayar ke akaun pemaju perumahan, bukan akaun bank pemohon.




Leave a Comment