CEK STATUS SARA 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN (RM200 & RM100 & RM50)
Sebahagian hasil penjimatan dan perbelajaan subsidi oleh kerajaan adalah disalurkan melalui Bantuan SARA setiap bulan kepada golongan rentan yang mudah terkesan dengan gelumang kos sara hidup melibatkan seramai lebih 5.4 juta penerima isi rumah, bujang dan warga emas.
Bagaimanakah cek status sara? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2025 : FASA 1
APA ITU SARA 2025
SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah program bantuan tambahan bersasar untuk membantu rakyat yang paling terkesan dengan geluman kos sara hidup bagi menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.
PROSES PENYALURAN SARA 2025
Pihak Kerajaan MADANI telah menyelaraskan semula proses penyaluran Bantuan SARA kepada semua penerima di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak iaitu Bantuan SARA akan disalurkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
STATUS KELAYAKAN SARA 2025
Berikut merupakan kelayakan Bantuan SARA yang melepasi status :
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN SARA MENGIKUT STATUS PENERIMA 2025
Amaun Bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah mengikut status penerima seperti berikut :
- SARA Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN SARA 2025 |
---|---|
Isi Rumah | RM100 & RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun |
Bujang | RM100 & RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun |
Warga Emas | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- SARA Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN SARA 2025 |
---|---|
Isi Rumah | RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun |
Warga Emas | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun |
CARA TAHU STATUS SARA 2025
Terdapat tiga (3) cara yang boleh mengetahui status kelayakan SARA, iaitu :
- Melalui Surat Pemakluman :
- Akan dihantar kepada penerima yang layak mengikut alamat yang didaftarkan.
- Pesanan Ringkas SMS :
- SMS atau pesanan melalui aplikasi WhatsApp akan dihantar kepada penerima mengikut nombor telefon yang didaftarkan.
- Portal Rasmi :
- Cek Status melalui portal rasmi MyKasih seperti bawah.
CEK STATUS SARA 2025
Terdapat dua (1) pautan portal rasmi untuk cek status Bantuan SARA, iaitu :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama portal rasmi MySTR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.