e-Tunai : Pemberian Bantuan RM 100 Bulan Disember Ini

Berita baik, kerajaan akan menunaikan janji bagi pelaksanaan e-Tunai : Pemberian Bantuan RM 100 Bulan Disember Ini. Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru baru ini mengumumkan bantuan e-Wallet RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.

Bantuan e-Tunai RM100 ini akan diberikan kepada semua rakyat dewasa warganegara Malaysia berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

BANTUAN TAMBAHAN KHAS E-TUNAI

Jika sebelum bantuan berbentuk e-Wallet ini hanya diberikan kepada golongan belia serta pelajar universiti, kini skop pemberian ini telah dibesarkan kepada golongan B40 dan M40.

Dijangkakan lebih daripada 10 juta rakyat akan terima manfaat daripada e-Kredit Rahmah RM 100 ini.

JUMLAH BAYARAN

Amaun bantuan ini e-Kredit Rahmah ini adalah RM 100 bagi setiap individu. Bantuan dilaksanakan melalui e-wallet yang didaftarkan.

Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah bagi tempoh setahun.

SYARAT KELAYAKAN

Mesti anda tertanya-tanya, apakah syarat kelayakan yang dikehendaki untuk menerima bantuan ini.

Antara syaratnya adalah

  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tahunan bawah RM 100,000 bagi setiap individu

Itu sahaja syarat yang diperlukan.

CARA BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, cara penerimaan bantuan hanya boleh dilakukan di salah satu aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan iaitu

  1. TNG E-Wallet
  2. Boost
  3. Setel

Anda perlu pilih SATU SAHAJA daripada aplikasi diatas.

TARIKH BAYARAN

Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (ralyat) akan dapat (bantuan in). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama hari ini.

Leave a Comment