Golongan Bujang Akan Dapat Sebanyak RM350 Seorang Dalam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

 

Tahukah anda? Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun lalu telah digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada Pembentangan Belanjawan 2021. Pada kali ini, bantuan yang diberikan kali ini adalah tertumpu kepada mereka yang benar-benar layak bagi membantu menjalani kehidupan rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Untuk pengetahuan anda, permohonan dan kemaskini telah dibuka pada 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.


Kerajaan juga memberi inisiatif telefon pintar percuma untuk golongan B40.

Jika dahulu, golongan bujang akan diberikan diberikan bantuan kepada mereka yang berumur 40 tahun ke atas dalam BSH.

Kini, pengubahsuaian telah dilakukan untuk membantu golongan bujang yang berumur lebih mudah.

Sila rujuk perkongsian di bawah👇

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan

JUMLAH BANTUAN GOLONGAN BUJANG
1. Bantuan Sara Hidup
  • Diberikan kepada bujang yang melebihi 40 tahun
  • Berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan
  • Bantuan berjumlah RM300
2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada mereka yang berpendapatan RM2,500 ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM350
TATACARA PERMOHONAN BARU BPR SERTA KEMASKINI

Kepada penerima BSH tahun 2020 yang telah lulus, anda hanya perlu mengemaskini maklumat secara atas talian (online) atau cara manual dengan menggunakan borang.

Kepada anda yang layak tetapi tidak pernah menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 sebelum ini bolehlah membuat permohonan baru mengikut langkah yang diberikan.


Untuk permohonan baru: rujuk DISINI


Leave a Comment