i-Fitri 2023 : Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri RM 300 – Semak Cara Mohon

Hari Raya Aidilfitri akan menjelma tidak lama lagi. Pelbagai bantuan kewangan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri untuk membantu rakyat.

Bantuan kewangan khas daripada kerajaan persekutuan akan dilaksanakan pada April nanti. Terdapat juga bantuan khas yang dikenali sebagai i-Fitri 2023, sebuah bantuan hari raya Aidilfitri berjumlah RM 300 seorang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

I-FITRI 2023

Bantuan hari raya ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2022 lepas dan kembali diteruskan pada tahun ini oleh kerajaan negeri Terengganu.

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu rakyat dalam membuat penyediaan hari raya tahun ini.

JUMLAH BANTUAN I-FITRI 2023

Bantuan berjumlah RM 300 seorang akan dibayar secara one-off sebelum hari raya Aidilfitri nanti.

SYARAT UTAMA PERMOHONAN

  1. Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu
  2. Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  3. Pengundi berdaftar di Negeri Terengganu
  4. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 2,500

KATEGORI YANG TIDAK LAYAK

Ini adalah kategori yang tidak layak menerima atau memohon i-Fitri 2023

  • Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon pendapatan kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500 dan telah disahkan oleh JPKK
  • Semua Penjawat Awam & lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bantuan i-Fitri 2023 ini telah dibuka kepada rakyat negeri Terengganu bermula 19 Mac hingga 31 Mac depan.

Untuk permohonan bantuan i-Fitri untuk rakyat Terengganu yang menetap di luar negeri (PERANTAU), permohonan dibuka pada 1 hingga 15 April depan.

CARA PERMOHONAN

Permohonan bantuan i-Fitri 2023 ini boleh dibuat secara atas talian.

Permohonan baru boleh dibuat melalui laman web rasmi

Leave a Comment