Untuk makluman, bulan April yang lalu merupakan bulan terakhir pembayaran i-Lestari dilaksanakan, kini giliran i-Sinar pula. Untuk makluman, pembayaran i-Sinar akan berakhir pada Jun 2021.
Setelah diperkenalkan hampir 6 bulan, ternyata i-Sinar sangat membantu penerima lebih-lebih lagi mereka yang menghadapi masalah kewangan akibat pendemik COVID-19.
i-Sinar
i-Sinar merupakan satu kemudahan dimana para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP mereka daripada Akaun 1.
Kemudahan ini diperkenalkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada November 2020 dan dilancarkan bermula Januari 2021.
Jadual Pengkreditan i-Sinar Jun 2021
Bagi tarikh pembayaran i-Sinar Jun ini, pembayaran adalah sama tarikh seperti bulan-bulan sebelumnya.
Oleh itu, pembayaran akan dilakukan bermula hari minggu pertama bekerja iaitu 1 Jun sehingga 10 Jun 2021. Kebiasaannya, pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing. Seperti biasa pembayaran ialah secara berperingkat dan mengikut kumpulan masing-masing.
Perincian Pembayaran i-Sinar
Bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:
- Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (jika bayaran pertama pada 6 Mac, bulan seterusnya juga pencarum akan dapat terima bayaran pada 6 April, 6 Mei dan juga pada 6 Jun jika jatuh pada hari bekerja).
- Maksimum dalam tempoh 2 minggu atau;
- Sebelum akhir bulan.
Panduan Membuat Semakan Status Bayaran (i-Akaun)
Para pencarum boleh membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.
- Buka aplikasi i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Log masuk menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan.
- Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal History pada ruangan sebelah kiri.
- Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua.
- Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
Permohonan Akhir i-Sinar
- Tarikh akhir permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat mengenai permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh menghubungi Hotline i-SInar di talian Hotline i-Sinar di 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my
Sy dh buat pindaan tpi duit blum masuk2 dalam acc ??kenapa ehh ,status dah lulus