Pihak KWSP menyediakan pelbagai kemudahan agar pencarum mendapat manfaat daripada caruman yang dilakukan.
Sebagi contoh adalah pencarum boleh mengeluarkan sebahgian wang dan pengeluaran penuh berdasarkan kelayakan yang diperlukan.
Selain itu, terdapat juga sebuah program KWSP yang dikenali sebagai i-Suri yang mampu memberi manfaat RM 480.
PROGRAM KWSP RM 480
Melalui program i-Suri KWSP, pencarum layak terima insentif RM 480. Melalui program istimewa ini terdapat pelbagai manfaat dan faedah yang boleh diperolehi oleh rakyat Malaysia.
Program khas ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang merupakan suri rumah yang mencarum kepada KWSP.
MANFAAT I-SURI KWSP
Manfaat utama di bawah program i-Suri ini adalah akan menerima insentif tambahan KWSP berjumlah RM 480.
Selain itu, turut boleh membuat sumbangan dalam jumlah mengikut kemampuan semasa pada bila-bila masa.
Secara automatik layak menerima khairat kematian RM 2,500.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan berikut telah ditetapkan untuk pendaftaran program i-Suri KWSP
- Terbuka untuk Warganegara Malaysia
- Individu berumur 60 tahun dan ke bawah sahaja
- Kumpulan suri rumah berdaftar dengan e-Kasih
- Buat caruman sekurang-kurangnya RM 5 sebulan bersamaan RM 60 setahun
Nota : Pemohon yang boleh memilih salah satu insentif sahaja iatu antara i-Suri atau i-Saraan sahaja.
CARA PERMOHONAN
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan program i-Suri KWSP ini. Anda boleh membuat pendaftaran permohonan melalui portal rasmi KWSP yang akan kami berikan di bawah.
Pemohon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan dan borang permohonan yang boleh dimuat turun di halaman berikut.