Informasi Terkini Mengenai Pengeluaran KWSP 2.0

 Pada pandangan rakyat, pelaksanaan Pengeluaran Khas 2.0 adalah munasabah pada ketika ini akibat pelbagai isu khususnya harga barang yang kian meningkat. Walaupun, peningkatkan gaji minimum telah dibuat tapi ia tidak mampu mengatasi harga barang yang semakin meningkat.


Oleh itu, segolongan besar pencarum KWSP turut bersetuju untuk pelaksanaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0.

PETISYEN TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Baru-baru ini sebuah petisyen mengenai tuntutan Pengeluaran Khas 2.0 telah dibuat sebagai sokongan. Ia telah mendapat sambutan yang luar biasa, hampir 85,000 rakyat bersetuju dan mengisi petisyen tersebut untuk tuntutan pengeluaran KWSP.

Ia menandakan bahawa rakyat sangat mengharapkan agar perkara tersebut dipandang serius oleh kerajaan.

MAKLUMAT TERKINI PIHAK KWSP MENGENAI PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Terbaru, pihak KWSP telah memberikan respon mengenai pertanyaan yang dibuat oleh seorang pemegang akaun Facebook mengenai Pengeluaran Khas KWSP 2.0.


Berikut adalah respon atau balasan komen yang dibuat oleh KWSP :

1. Setakat ini, tiada sambutan/lanjutan untuk Pengeluaran Khas 10k. Anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP tertakluk kepada Skim Pengeluaran yang disediakan. Untuk info lanjut berhubung Skim Pengeluaran KWSP yang terkini, klik http://kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

2. Hi ! Setakat ini, tiada Pengeluaran Khas 2.0 akan dilaksanakan. Terima Kasih.

3. Hi! KWSP tiada menyediakan pengeluaran untuk tujuan mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. KWSP hanya membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan sahaja. -RY


Ini Respon KWSP Mengenai Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Ini Respon KWSP Mengenai Pengeluaran Khas KWSP 2.0



RUMUSAN TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS 2.0

Melalui perkara yang kita dapat di atas, setakat ini pihak kerajaan dan KWSP belum lagi membuat keputusan untuk Pengeluaran Khas KWSP 2.0.

Walau bagaimanapun pada Pengeluaran Khas 1.0 lalu, ia terjadi akibat rakyat terus membuat tuntutan dan desakan di mana pada akhirnya kerajaan meluluskan Pengeluaran Khas KWSP 1.0.

Oleh hal demikian sekiranya kita lakukan perkara yang sama, ia turut tidak mustahil untuk berlaku sekali lagi.

Sumber : Kerjasemasa.com

Leave a Comment