Kategori Yang Layak Terima Bantuan Kewangan RM 900 : Semak Sekarang

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 telah bermula pada Isnin 26 Jun 2023.

Terdapat sebuah kategori yang layak terima bantuan kewangan RM 900.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

STR 2023 kembali diteruskan pembayarannya setelah bayaran fasa 1 dan 2 pada Januari dan April lalu.

Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu golongan sasar seperti B40, M40, warga emas, ibu dan bapa tunggal dan bujang.

Bayaran STR ini akan dilaksanakan dalam empat fasa di mana pembayaran pada bulan ini adalah fasa ketiga.

KATEGORI YANG LAYAK RM 900

Hanya terdapat satu kategori yang layak terima STR Fasa 3 berjumlah RM 900. Sila semak perkara di bawah.

1. Pemohon Baharu

  • Pemohon baharu disini bermaksud isi rumah yang layak pada permohonan baharu STR pada Mac lepas.

2. Berpendapatan Bulanan RM 2,500.00 dan ke bawah

3. Mempunyai tanggungan 1-2 orang sahaja

JUMLAH STR FASA 3 – PENERIMA LAMA

Bayaran STR Fasa 3 lebih tinggi berbanding STR Fasa 1 dan 2. Berikut adalah amaun bayaran bantuan mengikut kategori masing-masing.

Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500

  • Tiada anak – RM 300
  • 1 Hingga 2 – RM 400
  • 3 hingga 4 – RM 600
  • 5 dan ke atas – RM 800

Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000

  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • 1 hingga 2 – RM 150
  • 3 hingga 4 – RM 200
  • 5 dan ke atas – RM 250

Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas

  • RM 100 seorang

JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK

Pembayaran STR Fasa 3 ini turut dibayar secara berperingkat mengikut jenis bank penerima.

Mengikut kebiasaan, bayaran kepada pemegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN) antara yang terawal kemudian diikuti dengan bank-bank lainnya.

TERKINI ; Pembayaran secara tidak rasmi sudah bermula pada 23 Mac 2023 (Jumaat). Bayaran ini adalah kepada setiap penerima mana-mana akaun bank.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda belum menerima bayaran, jangan risau kerana pembayaran adalah secara berperingkat.

PENERIMA BAHARU STR 2023

Buat pemohon yang sudah membuat permohonan baharu STR pada bulan Mac lepas, anda turut menerima bayaran pada bulan ini sekiranya anda lulus.

Jumlah bayaran adalah berbeza berbanding penerima sedia ada kerana amaun bantuan anda akan dikumpulan daripada STR Fasa 1 dan 2 kemudian akan dibayar pada Fasa 3 dan 4.

Semakan kelulusan akan dikeluarkan beberapa hari sebelum tarikh bayaran.

TARIKH BAYARAN

Bayaran rasmi adalah pada 26 Jun 2023. Semakan kelayakan sudah dibuka pada tarikh yang sama.

Leave a Comment