Kemaskini PADU 2024 : Semak Manfaat Penting Sebelum Daftar

Bermula tahun 2024, kerajaan mula melancarkan laman web PADU untuk memudahkan butiran rakyat dikumpulkan dan melalui butiran tersebut, lebih mudah untuk rakyat menerima bantuan yang sepatutnya.

APA ITU PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

Pangkalan Data Utama atau PADU merupakan website kerajaan yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

OBJEKTIF PADU

  1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan
  2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data
  3. Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar

MATLAMAT PANGKALAN DATA UTAMA @ PADU

  1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan
  2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber terhad
  3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat
  4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan

LANGKAH MUDAH DAFTAR PADU

LANGKAH 1

  • Layari laman web rasmi padu.gov.my
  • Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
  • Isi No. Telefon Bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP

LANGKAH 2

  • Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui SMS.
  • Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian

LANGKAH 3

  • Kata laluan mestilah mengandungi 8 aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar dan simbol istimewa (*%$)
  • Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat

TARIKH AKHIR KEMASKINI

Pihak Kerajaan telah memaklumkan bahawa tarikh akhir bagi kemaskini dan pendaftaran baharu PADU adalah sehingga 31 Mac ini.

Ia adalah pilihan. Tidak wajib untuk anda sebagai rakyat Malaysia daftar PADU. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mendaftar kemungkinan besar anda akan tercicir daripada menerima bantuan atau subsidi yang sepatutnya.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

Leave a Comment