Berita baik, kerajaan umum bantuan e-tunai RM100 kepada rakyat Malaysia.
Sebuah khabar gembira kepada rakyat Malaysia. Sila baca sehingga habis untuk maklumat lengkap.
BANTUAN TAMBAHAN KHAS E-TUNAI
Jika sebelum bantuan berbentuk e-Wallet ini hanya diberikan kepada golongan belia serta pelajar universiti, kini skop pemberian ini telah dibesarkan kepada golongan B40 dan M40.
Dijangkakan lebih daripada 10 juta rakyat akan terima manfaat daripada e-Kredit Rahmah RM 100 ini.
JUMLAH BAYARAN
Amaun bantuan ini e-Kredit Rahmah ini adalah RM 100 bagi setiap individu.
Pembayaran dilaksanakan secara e-Kredit dan bukannya secara wang tunai.
SYARAT KELAYAKAN
Mesti anda tertanya-tanya, apakah syarat kelayakan yang dikehendaki untuk menerima bantuan ini.
Antara syaratnya adalah
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Berpendapatan tahunan bawah RM 100,000 bagi setiap individu
Itu sahaja syarat yang diperlukan.
CARA BAYARAN
Untuk pengetahuan anda, cara penerimaan bantuan hanya boleh dilakukan di salah satu aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan iaitu
- TNG E-Wallet
- Boost
- Setel
Anda perlu pilih SATU SAHAJA daripada aplikasi diatas.
TARIKH BAYARAN
Mengenai tarikh bayaran pula, belum ada diumumkan setakat ini. Tetapi menurut Timbalan Menteri Kewangan 1, perkembangan terkini mengenai bantuan tersebut akan diumumkan dari masa ke masa.
Pembayaran akan dilancarkan pada suku keempat tahun iaitu dari Oktober hingga Disember depan.