Kerajaan Umum Bantuan Tunai RM 200 Sebulan Bagi Tempoh 3 Bulan Untuk Kategori Ini

Belanjawan 2023 sudah dibentangkan dan kini menunggu pengundian daripada Ahli Parlimen untuk mendapatkan kelulusan.

Pembentangan Bajet 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia MADANI merupakan sebagai permulaan untuk pembangunan ekonomi negara yang perlahan akibat pandemik.

Terdapat pelbagai jenis bantuan dan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan termasuklah bantuan tunai RM 200 bagi tempoh 3 bulan.

BANTUAN TUNAI KHAS RM 200

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan tunai diberikan kepada pesawah pada untuk tempoh tiga bulan atau semusim.

Ia bertujuan untuk membantu pesawah padi yang memerlukan dan meringankan beban mereka.

JUMLAH BAYARAN

Sumbangan tunai RM200 sebulan untuk tempoh 3 bulan atau semusim dengan peruntukkan RM228 juta kepada 240,000 ribu pesawah di seluruh negara.

Ini sebagai tanda kerajaan menyelami gerak nadi petani dengan usaha langkah memberi bantuan supaya dapat meringankan beban pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

JADUAL BAYARAN

Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan atau bagi tempoh semusim.

Maklumat mengenai tarikh pembayaran belum diumumkan setakat ini.

SYARAT KELAYAKAN

Setakat ini, syarat kelayakan yang diperlukan adalah merupakan warganegara Malaysia dan merupakan pesawah padi.

Syarat kelayakan yang lain dikemas kini dari masa ke masa.

CARA PERMOHONAN

Begitu juga dengan cara permohonan dan tarikh permohonan belum diumumkan oleh pihak kerajaan setakat ini.

Leave a Comment