Ramai yang sudah tidak sabar menunggu tarikh permohonan i-Sinar KWSP dibuka? Seperti yang diumumkan baru-baru ini, semua ahli KWSP dibenarkan untuk memohon pengeluaran simpanan dari Akaun 1 sehingga RM10,000.
Cara memohon i-Sinar adalah melalui beberapa kaedah dan salah satunya adalah secara dalam talian. Oleh itu, Pihak KWSP telah memberi peringatan kepada Ahli yang berhasrat untuk memohon pengeluaran i-Sinar supaya membuat beberapa persediaan.
KWSP telah memaklumkan bahawa pihak mereka sedang menambah baik kemudahan pengeluaran i-Sinar. Untuk memudahkan urusan anda, pastikan anda telah:
- Mendaftar i-Akaun
- Kemaskini maklumat peribadi
- Pastikan akaun bank anda aktif (akaun persendirian bukan akaun bersama)
DAFTAR i-AKAUN
Pelbagai kemudahan yang disediakan melalui akaun ini. Ahli hanya perlu membuat pendaftaran dengan mudah untuk menggunakannya. Semua Ahli KWSP boleh daftar i-Akaun tanpa halangan.
Pihak KWSP telah mengingatkan Ahli untuk buat pendaftaran i-Akaun untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Sinar pada tarikh yang ditetapkan nanti.
Jika anda telah sudah mempunyai i-Akaun KWSP, pastikan anda telah kemaskini maklumat peribadi anda terutamanya maklumat akaun bank. Pastikan akaun bank yang digunakan masih aktif bagi memudahkan urusan pembayaran nanti
Nantikan perkembangan terkini mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP dari semasa ke semasa daripada pihak KWSP. Anda diingatkan agar TIDAK TERPEDAYA dengan sebarang info yang disebarkan dari sumber yang tidak sahih.
Baru-baru ini telah tular mengenai aplikasi palsu i-Sinar KWSP yang telah dibina oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai diingatkan supaya tidak tertipu dengan aplikasi tersebut.