LIVE Pembentangan Bajet 2023 / Belanjawan Madani 2023

Bajet 2023 sedang dibentangkan di Dewan Rakyat bermula pukul 4 petang, 24 Februari 2023.

Banyak inisiatif yang baru akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk keperluan rakyat.

Tema untuk Belanjawan 2023 kali ini adalah Membangun Malaysia MADANI.

HARAPAN RAKYAT

Sudah tentu harapan penting oleh rakyat mengenai Belanjawan 2023 adalah mengenai Pengeluaran KWSP bersasar. Selain itu, penambahan bantuan tambahan dari segi jumlah atau bantuan baru turut diperlukan oleh rakyat.

Oleh hal demikian, marilah semak senarai belanjawan di bawah.

SENARAI BELANJAWAN PENTING MADANI 2023 – LIVE TERKINI

Perkara di bawah akan di kemas kini dari masa ke masa

  • Kerajaan akan menanggung lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan lesen e-Hailing
  • Pelaksanaan duti eksais keatas vape, rokok elektronik
  • Cukai barang mewah akan diperkenalkan
  • Tarif elektrik dikekalkan GST tidak diperkenalkan semula
  • Pengampunan ke atas penalti 100% yang tidak bayar cukai
  • Projek tebatan banjir
  • Membaiki 400 klinik daif dan 380 sekolah daif seluruh negara
  • Penyelenggaran dan naik taraf jalan persekutuan dan lain-lain
  • Insentif PERKESO RM 750 sebulan
  • Pelepasan kepada rakyat muflis di bawah RM 50,000
  • Melaksanakan ketersambungan digital di negara

KEADAAN SOSIAL UNTUK MENYERHANA KESENJANGAN

  • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – RM 750 juta
  • Menamatkan golongan miskin tegar rakyat
  • Bantuan kebajikan kepada 400 ribu penerima
  • Bantuan Aidilfitri – Bantuan kewangan RM 700 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
  • RM 350 kepada pesara kerajaan

RM 64 BILION SUBSIDI, BANTUAN DAN INSENTIF

  • Kempen menu rahmah RM 5 disertai 15,000 pengguna
  • Memperluas program pengedaran barang
  • STR sehingga RM 2,500 termasuk bakul rahmah
  • e-Tunai rahmah RM 200 untuk 18 hingga 20 tunai
  • Subsidi insentif harga padi, baja padi
  • Sumbangan tunai RM 200 sebulan bagi tempoh 3 bulan / semusim
  • Bantuan Musim Tengkujuh dinaikkan kepada RM 800 untuk tempoh 4 bulan
  • Elaun dinaikkan RM 600 untuk guru KAFA, imam, bilal, tok siak dan lain-lain
  • MY50 diteruskan
  • SUBSIDI Pengangkutan Udara Sabah Sarawak
  • 50,000 komputer riba
  • Diskaun 20% bayaran balik PTPTN
  • Bantuan simpanan KWSP RM 500
  • Elaun khas RM100 sehari bagi penjawat awam yang ke Turkiye

INSENTIF M40

  • Pengurangan kadar cukai individu sebanyak 2% (lebih RM 35,000 – RM 100,000)

Leave a Comment