Sudah tentu ramai ahli KWSP yang sering lupa kata laluan akaun mereka yang menyebabkan pencarum tidak dapat log masuk. Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan cara “RESET” kata laluan i-Akaun KWSP bagi kes ahli yang LUPA ID/KATA LALUAN.
Baca Juga : Lengkapkan 3 Perkara Ini Untuk Permohonan i-SINAR KWSP Anda Jadi Lebih Mudah
KRITERIA PENUKARAN ID/KATA LALUAN
Pastikan anda mempunyai;
- Mempunyai i-Akaun KWSP
- Merupakan Ahli KWSP
- Mempunyai nombor telefon yang AKTIF dan BERDAFTAR dengan i-Akaun KWSP untuk urusan permohonan TAC
Sebelum menekan butang LUPA ID/KATA LALUAN,ahli perlu mendaftarkan nombor telefon terlebih dulu bagi tujuan penerimaan TAC. Pendaftaran nombor telefon bimbit boleh dilakukan dimana-mana kiosk atau cawangan KWSP yang berhampiran dengan anda.
PANDUAN RESET ID/KATA LALUAN i-AKAUN KWSP
Berikut adalah langkah-langkah untuk reset ID/KATA LALUAN i-Akaun KWSP
- Layari portal rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home
- Pilih log masuk ke i-Akaun (Ahli)
- Klik pada pautan LUPA ID PENGGUNA/KATA LALUAN?
- Pilih salah satu pilihan yang diberikan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
- Sila isi nombor kad pengenalan ahli atau nombor EPF (Nombor Ahli KWSP)
- Klik pada pautan permohonan pautan permohonan TAC bagi mendapatkan nombor TAC
- Semak nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan untuk penerimaan TAC dan klik SAH
- Makluman TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan akan dipaparkan. Klik Tutup untuk teruskan
- Isikan 6 digit nombor TAC yang diterima melalui SMS dan Klik SETERUSNYA
- Cipta Kata Laluan Baru dan isi semula untuk sahkan (8 – 20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: password123)
- Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
- Ahli boleh terus login untuk menggunakan i-Akaun
ANTARA KELEBIHAN LOG MASUK KE i-AKAUN KWSP
- Kemaskini maklumat peribadi
- Semakan kelayakan pengeluaran
- Semakan baki simpanan
- Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
- Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
- Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
- Menyemak maklumat penamaan/waris
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran Contohnya pengeluaran i-SINAR,i-LESTARI
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut tentang LUPA ID/KATA LALUAN i-AKAUN KWSP, sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.