MySTR Tambahan Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan

MySTR Tambahan Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan. Sebuah Bantuan Tambahan atau lebih dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 hingga RM600 akan dibayar Februari ini.

Bantuan yang akan dilaksanakan secara berperingkat ini dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun lalu.

PENAMBAHAN KATEGORI YANG LAYAK

Jika sebelum ini program SARA ini hanya akan diberikan kepada golongan miskin tegar tetapi bagi SARA 2024 golongan miskin turut bakal menerima bantuan berkenaan.

Selain itu, penggunaan kredit program SARA sebelum ini hanya untuk makanan asas tetapi bagi 2024 ia telah diperluaskan kepada

  1. makanan asas
  2. barangan kebersihan diri
  3. ubat-ubatan
  4. peralatan persekolahan

TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN FASA 2

Penyaluran bantuan tunai untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan fasa 1 telah dikreditkan pada Februari lalu.

Manakala untuk bayaran fasa 2 pula akan dikreditkan pada bulan Ogos hadapan.

BANTUAN SARA BAGI NEGERI SABAH, SARAWAK DAN LABUAN

Jika di Semenanjung bantuan SARA adalah berbentuk kredit manakala bagi tiga negeri ini, bantuan SARA adalah berbentuk WANG TUNAI yang boleh di tebus melalui Bank Simpanan Nasional pada 19 Februari.

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun dan jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori.

Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 600 (19 Februari)
  • RM 600 (12 Ogos)

Bujang

  • RM 300 (19 Februari)
  • RM 300 (12 Ogos)

SEMAKAN KELAYAKAN

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan kementerian dan agensi kerajaan.

Leave a Comment