Pembayaran BKM Fasa 2 Dah Masuk ? Semak Sini

 

Adakah pembayaran BKM Fasa 2 anda telah masuk ? Melalui info yang diterima, buat setakat ini tiada lagi pembayaran BKM Fasa 2 dikreditkan untuk mana-mana akaun bank. Tambahan pula, pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh bayaran untuk Fasa 2 ini.

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah di antara RM 100 hingga RM 400 bagi setiap kategori kelayakan. 

Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan berikut 

1 – Isi Rumah & Berumur 59 Tahun Ke Bawah

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 anak dan ke atas – RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000

  • 0 anak – RM 100
  • 1-2 anak – RM 100
  • 3 anak dan ke atas – RM 300

2 – Isi Rumah & Berumur 60 Tahun Ke Atas

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 anak dan ke atas – RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 0 anak : RM 100
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

3 – Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 1-2 anak : RM 300
  • 3 anak dan ke atas : RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

4 – Bujang dan Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • tiada
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000 (Pemohon berumur 60 tahun ke atas)
  • RM 150

CARA SEMAK STATUS BKM

1. Pergi ke website rasmi BKM untuk buat semakan :
2) Klik LOG MASUK BKM
3) Masukkan No MyKad anda. 
4) Masukkan Kata Laluan anda
5) Klik SEMAKAN STATUS
6) Keputusan BKM tertera
7) Klik MAKLUMAT BAYARAN
8) Maklumat bayaran akan dipaparkan

CARA BAYARAN

Kaedah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu
1. Pengkreditan terus ke akaun bank penerima / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
2. Tebus wang di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Ia terbuka kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau penerima Gagal Kredit.

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah pula dengan kadar inflasi yang semakin melonjak yang menyebabkan harga barangan turut meningkat. Sudah tentu, pembayaran BKM Fasa 2 ini mampu meringankan beban rakyat.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh rasmi berkenaan tarikh bayaran BKM Fasa 2.

Tetapi, anda tidak perlu risau kerana sudah dijadualkan bahawa pembayaran BKM Fasa 2 ini pasti dikreditkan pada Jun ini.

Jika mengikut jangkaan pembayaran, kemungkinan besar bantuan dikreditkan pada minggu ketiga atau keempat Jun ini. Ini kerana pembayaran BKM Fasa 1 pada Mac lepas turut dikreditkan pada waktu tersebut.

Leave a Comment