Sedia maklum STR Fasa 3 telah diawalkan pada bulan Jun sebagai persediaan Hari Raya Korban.
Oleh hal demikian, mengikut informasi terkini pemohon baru STR turut bakal dibayar pada STR Fasa 3.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Pembayaran STR 2023 akan kembali diteruskan pada bayaran Fasa 3.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.
STR 2023 dibayar melalui 4 fasa dan kini hanya berbaki 2 fasa bayaran sahaja lagi.
PEMOHON BARU STR 2023
Siapakah pemohon baru STR 2023 ? Pemohon baru adalah mana-mana rakyat Malaysia yang membuat permohonan STR pada bulan Mac lalu.
Status kelulusan untuk golongan tersebut belum dikeluarkan dan akan diumumkan melalui laman web rasmi STR beberapa hari sebelum pembayaran.
Oleh hal demikian, jumlah yang bakal diterima oleh PEMOHON BARU ini adalah berbeza daripada PENERIMA SEDIA ADA. Pemohon baru bakal menerima jumlah yang lebih tinggi kerana mereka belum lagi menerima STR Fasa 1 dan 2.
Mengenai jumlah bantuan yang bakal diterima belum dikeluarkan setakat ini.
JUMLAH BAYARAN PENERIMA SEDIA ADA
Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.
Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500
- Tiada anak – RM 300
- 1 Hingga 2 – RM 400
- 3 hingga 4 – RM 600
- 5 dan ke atas – RM 800
Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000
- Tiada anak – Tiada bayaran
- 1 hingga 2 – RM 150
- 3 hingga 4 – RM 200
- 5 dan ke atas – RM 250
Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas
- RM 100 seorang
TARIKH BAYARAN
Perdana Menteri umumkan bahawa STR Fasa 3 dijangkakan bakal disalurkan kepada penerima yang layak sebelum Aidiladha ini.
Peruntukan melebihi RM 2 bilion itu akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima.
Selalunya pemegang Kad Bank Simpanan Nasional (BSN) bakal terima bayaran lebih awal daripada tarikh rasmi yang diumumkan nanti. Kemudian, barulah pembayaran dilakukan kepada bank-bank lain.
KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN
Semua penerima STR 2023 layak terima STR Fasa 3 kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa 3.
Selain itu, bayaran turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang lulus membuat permohonan pada Mac lalu.
Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).