Pengeluaran Akaun 3 KWSP Yang Diluluskan Bulan Ini

Pengeluaran Akaun 3 KWSP Yang Diluluskan Bulan Ini. Akaun 3 KWSP atau lebih dikenali sebagai Akaun Fleksibel dijangkakan akan dilaksanakan pada April ini namun telah dimaklumkan dan akan diperkenalkan pada Mei depan.

Pada Belanjawan 2024 lalu, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumkan akan membuka lagi satu akaun baru KWSP untuk pencarum iaitu Akaun 3 / Fleksibel.

AKAUN 3 – FLEKSIBEL KWSP

Akaun 3 ini dikenali sebagai Akaun Fleksibel kerana para pencarum boleh mengakses akaun ini pada bila-bila masa sekiranya terdapat kecemasan.

Jika masa ini, KWSP hanya mempunyai 2 Akaun KWSP di mana kedua-duanya lebih memfokuskan sebagai persediaan pada waktu persaraan nanti.

Manakala Akaun 3 ini pula sekiranya ia dilaksanakan ia membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan bagi tujuan kecemasan.

TARIKH PERMOHONAN

KWSP bakal lancar inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP pada 11 Mei ini termasuklah dengan Akaun III diperkenalkan untuk membantu ahli menangani keperluan kewangan jangka pendek dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

TARIKH BAYARAN

Pengeluaran Akaun 3 Mula Dibayar Secara Berperingkat bagi ahli yang sudah membuat permohonan pengeluaran.

Ramai ahli yang lulus pengeluaran akan terima pembayaran sulung bermula 14 Mei dan seterusnya.

PENGELUARAN PADA BILA-BILA MASA

Tujuan pelaksanaan Akaun Fleksibel ini adalah untuk membantu pencarum untuk membuat pengeluaran pada saat kecemasan atau keperluan.

Oleh hal demikian, pengeluaran Akaun 3 ini boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh pencarum.

JUMLAH BAYARAN AKAUN 3 KWSP

Disebabkan penstrukturan baharu Akaun KWSP termasuklah Akaun 1 dan 2 serta pelaksanaan Akaun Fleksibel (Akaun 3), akaun ahli akan dibahagikan kepada

  • 75 % = Akaun 1
  • 15 % = Akaun 2
  • 10 % = Akaun 3

KADAR PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

Ahli hanya boleh membuat pengeluaran kecemasan melalui AKAUN 3 KWSP SAHAJA. Amaun di dalam akaun fleksibel untuk permulaan boleh dipindahkan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 – Sejahtera.

Ahli yang mempunyai amaun Akaun 2 melebih RM3,000 boleh diagihkan mengikut nisbah berikut

  • Nisbah 10/30 ke akaun fleksibel
  • Nisbah 15/30 amaun kekal dalam akaun sejahtera
  • Nisbah 5/30 ke akaun persaraan

Ahli yang kurang RM2,000 pada Akaun 2

  • Akaun 2 Sejahtera yang mempunyai simpanan bawah RM1,000 kesemua baki simpanan boleh dipindahkan ke Akaun 3 Fleksibel
  • Simpanan Akaun 2 tidak melebihi RM3,000 maksimum hanya RM1,000 boleh dipindahkan ke Akaun 3.

TEMPOH KELULUSAN PINDAHAN BAYARAN

Pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 akan mengambil masa selama 3 hingga 5 hari bekerja.

CARA MOHON PENGELUARAN AKAUN 3

  1. Melalui i-Akaun KWSP
  2. Kunjungi pejabat KWSP berdekatan

Leave a Comment