Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac 2021 ~ Menteri Kewangan

 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 yang lalu, beliau telah mengumumkan bahawa kelulusan tanpa syarat i-Sinar akan diluluskan dalam masa terdekat.


Kenyataan rasmi berkenaan telah membuat pencarum gembira apabila mendengarnya.

TARIKH BERMULA KELULUSAN AUTOMATIK I-SINAR

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum yang berumur bawah dari 55 tahun akan diberikan kelulusan automatik bermula pada
  • 8 Mac 2021
JUMLAH PENGELUARAN KELULUSAN TANPA SYARAT

Jumlah pengeluaran adalah mengikut jumlah simpanan walaupun kelulusan tanpa syarat telah diberikan

1) Simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah
  • Dapat mengeluarkan jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat maksimum sehingga 6 bulan.
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM5,000.
2) Simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke atas
  • Jumlah pengeluaran maksimum sehingga RM60,000.
  • Pembayaran juga akan dibuat secara berperingkat maksimum 6 bulan.
  • Bayaran ulan pertama maksimum RM6,000.
KENYATAAN MEDIA OLEH KWSP

CONTOH SITUASI ATAU PERTANYAAN YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

SITUASI A:

Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
  • Telah menerima interim RM1,000
  • Permohonan sedang diproses
Jawapannya adalah👇

Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.

SITUASI B:

Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
  • Belum menerima interim RM1,000
  • Status permohonan : Dokumen sokongan diperlukan
Jawapannya adalah👇

Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.

SITUASI C:

Belum membuat permohonan i-Sinar

Jawapannya adalah👇

Tidak layak memohon i-Sinar.

Leave a Comment