Pengeluaran Khas Akaun 3 KWSP Bulan Ini

Pengeluaran Khas Akaun 3 KWSP Bulan Ini. Akaun 3 KWSP atau lebih dikenali sebagai Akaun Fleksibel dijangkan akan dilaksanakan pada April 2024 ini.

Pada Belanjawan 2024 lalu, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumkan akan membuka lagi satu akaun baru KWSP untuk pencarum iaitu Akaun 3 / Fleksibel.

AKAUN 3 – FLEKSIBEL KWSP

Akaun 3 ini dikenali sebagai Akaun Fleksibel kerana para pencarum boleh mengakses akaun ini pada bila-bila masa sekiranya terdapat kecemasan.

Jika masa ini, KWSP hanya mempunyai 2 Akaun KWSP di mana kedua-duanya lebih memfokuskan sebagai persediaan pada waktu persaraan nanti.

Manakala Akaun 3 ini pula sekiranya ia dilaksanakan ia membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan bagi tujuan kecemasan.

TARIKH PERMOHONAN

Akan 3 – Fleksibel KWSP ini dijangka dan telah disahkan bakal dilancarkan pada April 2024 ini.

SYARAT PENGELUARAN

Terdapat cadangan yang diberikan iaitu pengeluaran mandatori bulanan hanya dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir atau selepas tahun 2010.

Cadangan diperkenalkan Akaun 3 ini adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Ketua Pegawau Strategi KWSP Nurhisham berkata ia mungkin menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain.

Leave a Comment