Sehingga hari ini, pencarum KWSP berharap agak kerajaan membenarkan Pengeluaran Khas KWSP dalam masa terdekat ini khususnya kepada 3 juta pencarum yang berkelayakan.
PENGELUARAN KWSP 2.0 UNTUK 3 JUTA RAKYAT / PENCARUM
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar kepada tiga juga pencarum yang benar-benar terkesan.
Presiden PGIR, Encik Azmi Mohd Tahir berkata angka itu diperoleh berdasarkan kajian senarai pencarum yang dijalankan pihaknya.
Katanya, sebelum ini kerajaan membenarkan pengeluaran caruman wang KWSP kepada tujuh juta pencarum, namun tiada mana-mana agensi yang membuat kaji yang dapat membuktikan semua itu adalah pencarum yang betul-betul susah.
PENGELUARAN SECARA BERSASAR
“Tuntutan kami kali ini bersasar sebab kita tak mahu lihat perbelanjaan yang tidak terkawal atau pencarum tidak terkesan, ambil kesempatan mengeluarkan simpanan KWSP untuk ‘berjoli’.
“Daripada kajian senarai pencarum, kami mencadangkan kelulusan diberi kepada tiga juta pencarum.
“Setakat ini, PGIR juga menerima laporan dan aduan seramai 320,000 pencarum terkesan. Jumlah ini hanya diperoleh daripada borang aduan dibuat PGIR dan belum mengambil kira jumlah sebenar pencarum di luar yang betul-betul terkesan,” katanya.
4 USUL PENGELUARAN KWSP
Tambah beliau, menerusi kerjasama dengan GHRF, PGIR akan membawa empat usul tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 mengikut kategori dan keperluan.
1) Antaranya, suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum dibenarkan mengeluarkan semua simpanan bagi menyara kelangsungan hidup.
2) Bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja, berhenti sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana faktor usia dan kesihatan turut perlu dibenarkan mengeluarkan simpanan persaraan mereka.
3) Pencarum yang masih aktif mencarum, berusia 54 tahun dan ke bawah dan mempunyai simpanan Akaun 1 melebihi RM 20,000 turut perlu dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada jumlah simpanan.
4) Pencarum yang masih aktif mencarum, mempunyai simpanan Akaun 1 RM19,999.99 dan ke bawah, boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan dan perlu meninggalkan baki sebanyak RM200 dalam Akaun 1 dan 2.
PIHAK KERAJAAN TOLONGLA MEREKA
Encik Azmi Mohd Tahir turut merayu serta berharap agak Perdana Menteri serta kerajaan perpaduan yang baharu ini membenarkan pengeluaran KWSP.
Menurut beliau, pihak kerajaan perlu bantu rakyat serta kasihani mereka kerana terdapat aduan yang di mana rakyat sangat kesempitan sehingga rumah terpaksa dilelong, dikejar Ah Long dan bank.
Selain itu, sehingga kini masih ramai lagi rakyat yang dibuang kerja dan tiada pekerjaan tetap.