Pengeluaran KWSP Fasa 1 Dibenarkan Bermula 7 April Ini – Semak Sekarang

KWSP telah melancarkan pengeluaran KWSP bersyarat yang baru dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan pencarum memohon pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Melalui perkhidmatan ini, pencarum berumur 55 tahun ke bawah dibenarkan untuk membuat permohonan. Untuk maklumat penuh, sila rujuk perkara di bawah.

FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)

FSA2 merupakan sebuah kemudahan bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 digunakan untuk membayar pembiayaan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

4 JUTA PENCARUM KWSP BAKAL MENDAPAT MANFAAT

Kemudahan ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak.

Kadar faedah konvensional atau kadar keuntungan islamik yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka diantara 4 peratus hingga 5 peratus setahun.

PENGELUARAN SEHINGGA RM 50,000

Jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.

SYARAT KELAYAKAN

Mesti anda tertanya-tanya apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini. Berikut adalah kelayakan yang diperlukan.

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai 55 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon sekali sahaja
  • Permohonan TIDAK BOLEH DIBATALKAN setelah diluluskan
  • Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang dimaklumkan kelak
  • Amaun simpanan Akaun 2 minimum RM 3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM 50,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan

CARA MEMOHON PENGELUARAN BERSYARAT

Terdapat 3 langkah permohonan yang anda perlu tahu secara teliti

LANGKAH 1

  • Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian

LANGKAH 2

  • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan

LANGKAH 3

  • Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 55 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.

SENARAI BANK YANG TERLIBAT

Terdapat 2 bank sahaja yang terlibat untuk pengeluaran bersyarat FSA2 ini iaitu

  1. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  2. MBSB Bank

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini akan dibuka pada

  • 7 April 2023 ini
  • BSN (15 APRIL)

UNTUK KELANCARAN PERMOHONAN

Untuk kelancaran peromohonan, sila pastikan anda

  • semak kelayakan awal melalui Akaun 2 KWSP
  • buat permohonan melalui bank yang mengambil bahagian
  • Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal di cawangan KWSP atau KIOS di UTC berdekatan untuk terima TAC bagi semakan kelayakan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh semak laman web rasmi KWSP melalui pautan di bawah

Leave a Comment