Pengeluaran KWSP RM 10,000 – RM 30,000 Sebelum Hari Raya

Pelbagai jenis tuntutan yang dibuat kepada kerajaan mengenai KWSP termasuklah Pengeluaran KWSP RM 10,000 – RM 30,000 sebelum hari raya tahun ini. Sila semak maklumat di bawah.

KWSP 2023

Menurut Persatuan 4PM dan Prorakyat iaitu pertubuhan bukan kerajaan mendesak Pengeluaran KWSP mempunyai sebab kukuh mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran kali ini.

Pihak tersebut turut menyatakan bahawa dana KWSP tidak akan terjejas sekiranya pengeluaran khas diluluskan kerana berjuta caruman lagi masuk setiap bulan ke tabung KWSP.

KESEMPITAN HIDUP DIUTAMAKAN

Presiden 4PM, Roslan Mohd Arif berkata pengeluaran tersebut harus dibenarkan kerana ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri dan mereka sedar tabungan masa depen susut.

Tambah beliau, dengan kesempitan hidup mungkin ada antara pencarum tidak sempat menikmati hari tua, memandangkan pada masa sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai hingga ada yang bankrap dan mengakhiri hidup dengan bunuh diri.

ALTERNATIF LAIN

Menurut pertubuhan terbabit, sekiranya pihak kerajaan tidak mampu meluluskan pengeluaran khas tersebut. Kerajaan perlu memberikan bantuan RM 1,000 kepada pencarum yang memerlukan atau menaikkan kadar bantuan JKM daripada RM 350 kepada RM 800 atau RM 1,000 sebulan.

Selain itu, alternatif lain yang boleh diambil kira ialah hasil cukai lembaga hasil (LHDN) seperti kerajaan United Kingdom serta Australia yang bantu rakyat mengatasi isu kelangsungan hidup.

PENGELUARAN KWSP RM 10,000 – RM 30,000

Prorakyat mencadangkan agar Pengeluaran KWSP RM 10,000 – RM 30,000 secara one-off. Mereka menganggap pengeluarna tersebut tidak akan menganggu pelabur dan berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pengeluaran tersebut.

4PM dan Prorakyat turut mencadangkan dan berharap agar pengeluaran berkenaan diluluskan sebelum Ramadan atau Hari Raya Aidilfitri tahun ini

Leave a Comment