Pelbagai kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh KWSP kepada para pencarum termasuklah pengeluaran sebahagian. Pengeluaran KWSP Sebahagian Yang Boleh Dikeluarkan Disember Ini
Melalui KWSP, sejak dahulu lagi pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran sebahagian WANG simpanan melalui Akaun 2.
PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP
Selain daripada itu, pihak KWSP turut menyediakan kemudahan dimana pada ahli boleh membuat pengeluaran secara bersyarat.
Di KWSP terdapat 2 jenis akaun iaitu akaun 1 yang merupakan pengeluaran penuh dan akaun 2 iaitu pengeluaran sebahagian wang simpanan.
Melalui Akaun 2, terdapat 11 jenis pengeluaran yang para pencarum boleh lakukan mengikut syarat. Berikut adalah 5 jenis pengeluaran Akaun 2 KWSP.
MELANGKAH KE MAKKAH – HAJI
Pencarum yang beragama Islam berusia 55 tahun dan ke bawah yang sedang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji.
Pengeluaran maksimum RM 3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah.
PEMBELIAN RUMAH
Bagi pencarum warganegara Malaysia dan bukan Warganegara anda turut boleh membuat pengeluaran Akaun 2 untuk membeli rumah kediaman.
KESIHATAN PENCARUM
KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan atau peralatan bantuan kesihatan.
BERUMUR 50 TAHUN
Sekiranya anda sudah mencapai usia 50 tahun, anda boleh membuat pengeluaran keseluruhan simpanan Akaun 2 KWSP.
Ia merupakan sebagai persediaan untuk persaraan anda. Anda boleh membuat pengeluaran sekiranya mempunyai simpanan pada Akaun 2.
PEMBINAAN RUMAH
KWSP turut menyediakan kemudahan untuk pembinaan rumah. Terdapat 2 kategori iaitu pembinaan dengan pembelian tanah atau pembinaan atas tanah yang sudah dimiliki.
Layak bagi setiap pencarum yang berusia 55 tahun dan ke bawah serta mempunyai baki simpanan pada Akaun 2 KWSP.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat perkara di atas anda boleh terus rujuk ke portal rasmi KWSP.