Pengeluaran KWSP Secara Sebahagian Yang Dibenarkan – Semak Sekarang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut memudahkan hal-hal pencarumnya.

Sebagai contoh, pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran secara bersyarat mengikut keperluan para pencarum. Untuk maklumat penuh, sila rujuk maklumat di bawah.

PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

Selain daripada itu, pihak KWSP turut menyediakan kemudahan dimana pada ahli boleh membuat pengeluaran secara bersyarat.

Di KWSP terdapat 2 jenis akaun iaitu akaun 1 yang merupakan pengeluaran penuh dan akaun 2 iaitu pengeluaran sebahagian wang simpanan.

Melalui Akaun 2, terdapat 11 jenis pengeluaran yang para pencarum boleh lakukan mengikut syarat. Berikut adalah 5 jenis pengeluaran Akaun 2 KWSP.

MELANGKAH KE MAKKAH – HAJI

Pencarum yang beragama Islam berusia 55 tahun dan ke bawah yang sedang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran maksimum RM 3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah.

PEMBELIAN RUMAH

Bagi pencarum warganegara Malaysia dan bukan Warganegara anda turut boleh membuat pengeluaran Akaun 2 untuk membeli rumah kediaman.

KESIHATAN PENCARUM

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan atau peralatan bantuan kesihatan.

BERUMUR 50 TAHUN

Sekiranya anda sudah mencapai usia 50 tahun, anda boleh membuat pengeluaran keseluruhan simpanan Akaun 2 KWSP.

Ia merupakan sebagai persediaan untuk persaraan anda. Anda boleh membuat pengeluaran sekiranya mempunyai simpanan pada Akaun 2.

PEMBINAAN RUMAH

KWSP turut menyediakan kemudahan untuk pembinaan rumah. Terdapat 2 kategori iaitu pembinaan dengan pembelian tanah atau pembinaan atas tanah yang sudah dimiliki.

Layak bagi setiap pencarum yang berusia 55 tahun dan ke bawah serta mempunyai baki simpanan pada Akaun 2 KWSP.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat perkara di atas anda boleh terus rujuk ke portal rasmi KWSP.

Leave a Comment