Pengeluaran Secara Penuh Dan Sebahagian KWSP Melalui Akaun 1 & 2

Pengeluaran Secara Penuh Dan Sebahagian KWSP Melalui Akaun 1 & 2. Simpanan Pengeluaran KWSP terbahagi kepada 2 Akaun. Akaun 1 adalah untuk pengeluaran secara penuh.

Manakala, akaun 2 KWSP pula berfungsi untuk pengeluaran secara sebahagian sahaja mengikut syarat yang ditentukan.

BERUMUR 55 TAHUN

Ahli yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

MELANGKAH KE MAKKAH – HAJI

Pencarum yang beragama Islam berusia 55 tahun dan ke bawah yang sedang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran maksimum RM 3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah.

PEKERJA BERPENCEN

Bagi Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

HILANG UPAYA

Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak mendapat RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

KESIHATAN PENCARUM

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan atau peralatan bantuan kesihatan.

KEMATIAN

Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris terdekat. Oleh hal demikian, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekat.

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP.

Leave a Comment