Terdapat satu berita penting untuk para pembaca. Penting : Tebus Bantuan Khas Ini Selewat-Lewatnya Hari Ini 20 Februari. Berita baik untuk warganegara Malaysia yang terlupa atau belum membuat penebusan e-Madani bernilai RM100 melalui aplikasi yang didaftarkan.
Ini kerana penebusan e-Madani tersebut masih dibuka sehingga 20 Februari ini dan sah dibelanjakan sehingga 29 Februari ini tetapi bantuan tersebut hanya boleh ditebus hingga 20 Februari
BANTUAN TAMBAHAN KHAS E-TUNAI
Jika sebelum bantuan berbentuk e-Wallet ini hanya diberikan kepada golongan belia serta pelajar universiti, kini skop pemberian ini telah dibesarkan kepada golongan B40 dan M40.
Dijangkakan lebih daripada 10 juta rakyat akan terima manfaat daripada e-Madani RM 100 ini.
JUMLAH BAYARAN
Amaun bantuan ini e-Madani ini adalah RM 100 bagi setiap individu. Bantuan dilaksanakan melalui e-wallet yang didaftarkan.
Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah bagi tempoh setahun.
SYARAT KELAYAKAN
- Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
- Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
- Ingin dimaklumkan bahawa, penerima eBeliaRahmah adalah tidak layak untuk menyertai program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
CARA BAYARAN
Untuk pengetahuan anda, cara penerimaan bantuan hanya boleh dilakukan di salah satu aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan iaitu
- TNG E-Wallet
- Shopee
- Setel
- Lain-lain
Anda perlu pilih SATU SAHAJA daripada aplikasi diatas.
TARIKH BAYARAN
- Tempoh pendaftaran serta tuntutan eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024, manakala kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.